Saturday 15 September 2012

Jejak Kasih.....

2012....tahun Jejak Kasih Sahabat Karib....


Alhamdulillah....syukur ke hadrat Mu Ya Allah....sahabat yang kujejaki selama ini...berjaya ditemukan pada tahun ini.... Jamilah Yusuf... insan yang sentiasa bertahta di hati....sahabat yang benar2 dinamakan sahabat ketika zaman persekolahan menengah dahulu....Jamilah adalah sahabat karibku dari Tingkatan 3 , SMK Seri Mahawangsa, Jitra Kedah seterusnya kami menyambung pelajaran di aliran Sains di SMK Jitra sehingga ke tingkatan 5. Jamilah adalah seorang sahabat yg berwawasan, rajin,lemah lembut dan sepanjang aku mengenalinya...cita2nya adalah menjadi doktor...tak ku sangka setelah 30 tahun terpisah....Allah menemukan  kami  semula....dan dia berjaya mencapai cita2nya untuk menjadi doktor gigi....aku gembira melihat dia kini bahagia bersama suami tercinta dan 3 orang cahaya mata penyeri keluarga.....T.kasih Jay Jamie...kerana akhirnya usahamu menjejakiku dalam google berjaya....w.pun aku juga puas menjejakimu melalui facebook.....rupa2nya kami sama2 menjejaki antara satu sama lain....cuma ...aku berharap suatu masa nanti kami dapat berjumpa secara berhadapan...aku amat rindukannya...ingin berbual bicara tentang kenangan silam juga berkongsi cerita kisah hidup kami...yg sudah tentunya banyak yang ingin dibicarakan...


           Ya Allah, kurniakanlah kebahagian kepada keluarga sahabat karibku ini, Jay Jamie