Saturday 5 May 2012

Selamat Tinggal Sahabat

Kali ni baru sempat aku menjengah blogku yg satu lagi ni. Kalau tak....aku asyik dengan blog upsiku....alhamdulillah segala tugasan untuk sem 2 telah selesai.

Sepanjang tempoh 5 bulan ...tahun 2012....begitu banyak dugaan dan cabaran yg telah ku tempuh. Segalanya begitu memerlukan kekuatan mental dan fizikal...ahamdulillah Allah bersamaku....setiap doaku agar segalanya dipermudahkan telah dimakbulkan Syukran....

Setiap tahun seperti biasa di awal persekolahan...aku sibuk dengan segala mesyuarat...kertas kerja....surat-menyurat ...laporan...semuanya berkaitan kokurikulum....kemudian kejohanan MSSPK....bermula dengan sepaktakraw ~bowling tenpin~bola sepak~bola jaring~bola baling~olahraga. Alhamdulullah setiap permainan membuahkan hasil iaitu berjaya menempatkan diri ke daerah seterusnya ada pelajar yg mewakili darah hingga ke pringkat negeri. Seterusnya sibuk juga dengan program Sekolah Lestari & Program Recyclethon. Alhamdulillah utk Recyclethon kami berjaya mengumpul dana lebih RM10 000...melepasi target. Terima kasih sahabatku Mohd Ibrahim & Roslan.....org kuat disebalik kejayaan ini dan kpd  semua guru, staff,kakitangan , PIBG dan murid2 SKTDI.

Dalam kegembiraan....terselit juga kisah sedih sepanjang tempoh ini. Suamiku telah dimasukkan ke KPJ taiping dan telah selamat menjalni pembedahan. Namun yg paling sukar ku terima ialah kehilangan dua orang sahabat yang begitu baik . Berita kehilangan mereka amat mengejutkan dan  sukar diterima oleh rakan2 yang lain. Ustaz Nor Azahari (sahabat di SK Padang Asam) dan Cikgu Radzif Kamarudin (GB SK Sultan Idris II).Ustaz Nor Azahari dan Cg Radzif meninggal akibat serangan jantung. Cikgu Radzif telah meninggal di Kota Suci Mekah ketika menunaikan umrah.Mereka merupakan insan yang begitu istemewa...memiliki sifat2 terpuji yang sukar dicari ganti. terlalu sukar untuk digabarkan dengan kata. Selamat tinggalsahabatku. Semoga roh kalian dirahmati dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

AL-FATIHAH...


Ustaz Nor Azahari




Cikgu Radzif b Kamaruddin